Kenapa anda perlu dapatkan bantuan REN bila nak jual rumah?

“Buat apa nak dapatkan bantuan REN? Aku sendiri boleh jual rumah ni.”

Pasti ramai yang pernah bertembung dengan idea ni dalam fikiran. Buat apa nak berkongsi untung dengan REN, kalau kita sendiri boleh jual rumah tu?

#1: Ada perkara yang kita tak tahu

Biasanya, mereka yang cuba menjual rumah tanpa gunakan perkhidmatan ejen hartanah berlesen berpotensi untuk gagal. Setiap ejen hartanah berlesen ada akses kepada data ini, yang dijamin tepat dalam menentukan nilai semasa rumah korang. Korang tak akan tahu nilai sebenar rumah korang tu kalau tak menggunakan perkhidmatan ejen hartanah ni.

#2: Rumah anda tak dapat pendedahan yang baik dalam pasaran

Mungkin ramai yang perasan papan tanda “untuk dijual” kat depan rumah yang kosong. Ini antara salah satu bentuk pemasaran yang pemilik rumah suka buat. Ramai pembeli lebih berminat membeli daripada REN, sebab ia lebih mudah dan terjamin.

#3: Kurang pengalaman boleh buatkan korang rugi teruk

Tak kira sama ada korang terima hakikat ini atau tak, REN yang baik pasti ada kelebihan ini. Mereka akan mengkaji apa yang prospek (pembeli) mahukan, dan padankan dengan rumah yang sesuai. Kalau prospek (pembeli) yang kita jumpa lebih berpengalaman dalam bidang hartanah berbanding kita, duit kita ada potensi untuk rugi beribu Ringgit.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )