KETAHUI 4 SEBAB YANG BOLEH MEMBUATKAN NILAI HARTANAH ANDA “MENGGUNUNG”

Pelabur hartanah semakin meningkat setiap tahun. Tetapi bukan kesemua pelabur tersebut dapat “survive” dalam dunia hartanah. Ramai juga yang gagal, dalam maksud lain kerugian, muflis, hutang yang tak pernah habis , dan lain-lain. Disini RESCOM TEAM nak kongsikan apa sebab yang boleh membuatkan nilai sesebuah hartanah menggunung

Pegangan Hartanah

Selalunya ramai orang lebih suka membeli freehold berbanding leasehold. Ini sebab freehold kekal bersama owner hartanah tersebut tanpa ada had masa kecuali bertukar pemilik. Berbanding leasehold, ianya ada had masa, maksimum 99 tahun. Setelah 99 tahun, tanah tersebut kembali menjadi hakmilik kerajaan

Lokasi is EVERYTHING

Kalau tengok pada point je dah faham, dalam hartanah, lokasi sangat memainkan peranan penting kepada nilainya. Apa yang membuatkan nilai hartanah tersebut menaik ialah apabila ianya berdekatan dengan kemudahan awam seperti sekolah, “shopping mall”, hospital, dan tempat kerja. Faktor lain pula ialah sekiranya hartanah tersebut mempunyai suasana “eco-friendly” ataupun “secured”

Easy Access

Akses yang mudah kepada kemudahan awam menjadi sebab utama nilai hartanah meningkat. Hartanah ini menjadi tarikan kepada golongan yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Walaubagaimanapun, hartanah yang terlalu dekat dengan kemudahan awam juga menjadi masalah kepada tuan rumah atau penyewa kerana kepadatan orang dan juga gangguan bunyi

Pembangunan masa depan (future development)

Nilai hartanah yang berada di kawasan perindustrian tidak akan sentiasa rendah sekiranya kawasan tersebut ada potensi untuk membangun. Contohnya, sekiranya kerajaan ingin membuat pengezonan semula (rezoning) terhadap kawasan perindustrian menjadi kepada kawasan komersial, nilai hartanah di kawasan tersebut akan meningkat. Sekarang ini, kita boleh lihat kebanyakan nilai hartanah yang dahulunya rendah telah meningkat disebabkan ianya berdekatan dengan MRT. Seeloknya anda selidik dahulu hartanah yang anda akan beli sebagai pelaburan atau tempat tinggal. Buat sedikit kajian sebelum membeli hartanah tersebut.

Sekian sahaja dari TEAM RESCOM, semoga perkongsian ini dapat membantu anda.

Klik untuk Jual Hartanah Anda

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )