Rumah Apa Yang Sesuai Untuk Pembeli Yang Baru Nak Beli Rumah?

Rumah Apa Yang Sesuai Untuk Pembeli Yang Baru Nak Beli Rumah?

Jadi terdapat 3 jenis rumah yang boleh dipilih iaitu underconstruction, subsale dan lelong. Sebelum beli rumah anda perlu pastikan rumah apa yang sesuai dengan anda. Jadi terdapat kelebihan dan keburukan untuk setiap jenis rumah seperti yang dijelaskan di bawah.

1. Rumah Jenis Pasaran Primer (undercons). Ini adalah rumah yang belum lagi siap ataupun sedang dibina, dimana pihak pemaju akan beri gambaran untuk dipamerkan kepada pemilik.

Kelebihan: Rumah jenis ini adalah wang pendahuluan rendah, biasanya pemaju akan berikan diskaun dan rebate yang tinggi kepada pembeli. Untuk Defect Liability Period, anda akan diberikan tempoh selama 24 bulan untuk laporkan kepada pemaju jika terdapat sebarang masalah dan mereka akan baiki secara percuma.

Kelemahan: Tempoh yang lama, jadi pembeli terpkasa menyewa dahulu. Selain itu. Harga jualan meningkat jika tidak dibeli. Harga akan meningkat setiap hari walaupun diskaun dan rebate diberikan, harga rumah masih tinggi.

2. Rumah Jenis Pasaran Sekunder (subsale). Ini adalah rumah terpakai yang ingin dijual dan anda boleh berurusan melalui pemilik atau ejen hartanah sendiri.

Kelebihan: Harga rumah ini lebih murah berbanding yang lain dan boleh berunding sehingga mencapai kata sepakat. Selain itu, anda berpeluang untuk periksa setiap sudut rumah dan jika terdapat sebarang masalah boleh minta owner baiki atau diskaun harga.

Kelemahan: Kos agak tinggi kerana anda perlu mengeluarkan kos sendiri dalam 15 hingg 20 peratus termasuk duit muka. Kos lain pula seperti untuk membaiki rumah.

3. Rumah Jenis Pasaran Tertiari (lelong). Rumah ini adalah rumah yang dilelong oleh bank di atas sebab tidak mampu memberikan komitmen untuk membayar.

Kelebihan: Kadar komisen ejen hartanah untuk rumah lelong kebiasaannya lebih rendah berbanding beli rumah secara konvensional.

Kelemahan: Pemilik baru berisiko sepenuhnya untuk menanggung sepenuhnya bil tertunggak.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )