Step-by-step cara beli rumah second hand – Semua yang anda perlu buat sampai dapat kunci

Langkah #1: Pilih dulu rumah yang anda nak beli

Mula-mula, pilih dulu hartanah yang korang nak beli. Yang ni, korang kena buat research sendiri. Gunakan laman web seperti  mudah.my, Iproperty, atau lain-lain. Ada banyak listing rumah second hand dekat sini.

 

Langkah #2: Tandatangan Letter of Acceptance (LOA) atau Letter of Offer

Paling penting, pastikan dulu ejen tu berdaftar secara sah dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH atau BOVAEA).

 

Langkah #3: Bayar booking fee awal-awal, dan minta lanjutkan tempoh siapkan SPA

Bayar jumlah 2 atau 3% daripada harga pembelian rumah sebagai bayaran booking. Lagi satu, cuba minta tempoh 21 hari waktu bekerja sebagai tempoh dari bayaran deposit, hingga korang kena siapkan SPA.

 

Langkah #4: Dapatkan bukti pemilikan daripada owner asal

Pastikan pemilik rumah asal tandatangan pada LOA (Letter of Acceptance) atau Letter of Offer, dan pastikan korang (atau ejen) dapat salinan SPA pembelian tu untuk buktikan mereka sebagai pemilik rumah yang sahih.

 

Langkah #5: Mula buat permohonan dekat bank

Gunakan LOA tadi untuk memohon pinjaman loan daripada pihak bank untuk pembelian rumah.

 

Langkah #6: Cari peguam yang tahu buat kerja

Upah peguam yang ada kepakaran dalam bidang pengurusan hartanah untuk siapkan SPA (Sales and Purchase Agreement).

 

Langkah #7: Tandatangan HANYA lepas dah confirm dapat loan

Tandatangan dokumen SPA dan pastikan korang dapatkan (paling kurang) 1 loan yang dah approve sebelum tandatangan SPA.

 

Langkah #8: Jelaskan baki 7%. Kalau tak, anda tak boleh tandatangan SPA

Bayar baki 7% deposit pembelian rumah. Dalam langkah #3 tadi, kita dah bayar 3%.

 

Langkah #9: Kerapkan tanya peguam yang uruskan proses jual-beli anda

Tunggu 3 hingga 6 bulan untuk pihak bank membayar penjual jumlah yang tertunggak (baki 90%, lepas dah bayar duit down payment 10%).

 

Langkah #10: Peguam akan uruskan 100% untuk anda daripada sini

Bank dah jelaskan semua jumlah tertunggak kepada penjual. Peguam akan uruskan proses pengambilan kunci.

 

Langkah #11: Masa untuk dapatkan kunci rumah!

Pemilik rumah atau penjual akan kosongkan rumah untuk selesaikan proses pemindahan yang dah berjaya.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )