Bagaimana Cara Untuk Menjadi Perunding Hartanah (REN)?
Perunding hartanah merupakan individu yang dilantik melalui kontrak oleh sebuah agensi hartanah dan berada di bawah seliaan ejen hartanah.
Sebelum mulakan kerjaya anda sebagai perunding hartanah anda wajib hadir ke kursus Negotiator Certification Course (NCC).
Di sini anda akan belajar tentang perkara yang berkaitan dengan perunding hartanah serta peraturan serta panduan sebagai ejen hartanah berdaftar. Semasa mengikuti kursus ini anda akan didedahkan tentang:
- Pengenalan kepada pasaran hartanah
- Asas industry hartanah
- Piawaian agensi hartanah Malaysia
- Praktis agensi hartanah
- Kemahiran membuiat rundingan
- Asas guaman hartanah
- Undang undang berkaitan hartanah
- Kemahiran IT dalam hartanah
Sijil Kehadiran kursus NCC hanya sah selama setahun. Jadi setelah selesai kursus, anda perlu mendaftar dengan agensi hartanah pula.
Pemilihan agensi juga mainkan peranan yang penting kerana ia akan membantu anda untuk develop career anda sebagai ejen hartanah yang berjaya.
Selepas itu syarikat agensi anda akan membantu anda untuk peroleh REN Tag dan anda terus boleh mulakan kerjaya sebagai ejen hartanah yang berdaftar.
Setelah anda dapat REN Tag boleh mulakan kerjaya anda.
Daftar Untuk Jadi REN