Kesalahan Yang Perlu Dielakkan Oleh Ejen Hartanah!

Kesalahan Yang Perlu Dielakkan Oleh Ejen Hartanah!

Tidak disangkal lagi kerjaya sebagai ejen hartanah sudah berkembang kerana walaupun mempunyai cabaran yang besar tetapi menghasilkan keuntungan yang tinggi. Oleh itu adalah penting untuk elakkan diri daripada melakukan kesilapan. Jadi apa kesilapan yang perlu dielakkan itu?

1. Komunikasi

Ejen sering tersilap tafsir kepentingan berkomunikasi dengan pelanggan. Komunikasi bukan sahaja dilakukan apabila ada proses jual beli sahaja, pada masa yang lain juga penting untuk ejen terus berkomunikasi. Dalam erti kata lain, jika ianya tidak bermanfaat untuk ejen  maka ejen tidak akan berkomunikasi. Ini adalah mindset yang salah dan mungkin akan mempengaruhi kerjaya anda sebagai ejen hartanah.

Pelanggan lebih suka untuk tahu tentang status terkini mengenai proses pembelian atau penjualan hartanah mereka. Jika mereka merasakan terdapa sesuatu yang kurang, mereka boleh membatalkan transaksi tersebut dan cari ejen lain untuk mengendalikan proses jual beli. Luangkan sedikit masa untuk berkomunikasi Bersama pelanggan anda dan lebih baik jika anda tetapkan satu hari iaitu “hari update pelanggan”. Dimana anda akan menghantar semua status proses dan apa yang anda telah lakukan untuk mereka.

2. Tahu bila untuk katakana “NO”

Kita tahu bahawa kerjaya ejen hartanah ini bergantung kepada jualan yang dibuat. Oleh itu, kadang kadang susah bagi ejen hartanah untuk berkata TIDAK kepada permintaan pelanggan. Apa yang ejen perlu lakukan adalah sentiasa lihat kos secara keseluruhan apabila berurusan dan jumlah keuntungan. Contoh, jika pelanggan menegaskan ejen hartanah utnuk mengambil potongan kurang daripada sepatutnya dan anda tahu urus niaga itu tidak akan memeberi keuntungan, jadi ejen perku katakana tidak dengan tawaran itu.

3. Tidak mengucapkan terima kasih

Ini adalah aspek yang sangat penting untuk ejen hartanah. Contohnya, bila anda ditolong oleh rakan hendaklah sentiasa mengucapkan terima kasih atau keluar makan bersama jika perjanjian itu berjaya. Tanda penghargaan kadangkala adalah perkara yang jarang berlaku dan ia tidak pernah merugikan anda.

4. Tidak belajar sesuatu yang baharu

Kita sedang berada di zaman yang bergerak maju ke arah teknologi, jadi kaedah untuk menjual hartanah juga perlu di upgrade untuk seiring dengan peredaran zaman. Pada zaman dulu, ejen terpaksa bergantung kepada surat khabar atau iklan iklan tetapi kini terdapat pelbagai cara untuk menjual hartanah yang boleh digunakan. Contohnya, facebook atau Instagram. Oleh itu, ejen hartanah perlu sentiasa up-to-date dena menjadi orang terawal mencuba teknologi baru kerana ia akan memberi kelainan kepada ejen itu sendiri.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )