Tips Jual Rumah Dengan Cepat Untuk Penjual

Tips Jual Rumah Dengan Cepat Untuk Penjual

“Sekiranya anda ingin menjual rumah dengan cepat, terdapat beberapa tips praktikal yang boleh anda gunakan.”

1. Lantik perunding hartanah yang berpengalaman

Untuk pengetahuan anda sebagai penjual, berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat banyak rumah yang sudah terjual dengan cepat apabila menggunakan perkhidmatan perunding hartanah. Kenapa perlukan bantuan perunding hartanah? Ini kerana mereka pakar menjual rumah dan inilah kerja mereka siang dan malam. Kebanyakan penjual akan mengalami kesukaran menjual rumah kerana memilih untuk menjual rumah itu sendiri.

Antara sebab segelintir penjual tidak melantik perunding hartanah kerana tidak mahu bayar 3% komisyen jualan rumah tetapi perlu diingat proses jual beli rumah tidak semudah yang disangka terutama sekali bila nak jual rumah dengan segera. Ejen hartanah berpengalaman selalunya mempunyai networking yang bagus dan senarai pelanggan yang berkualiti. Jadi, anda sebagai penjual tidak perlu bersusah payah dan pening kepala untuk menguruskan semua benda.

2. Kaji harga pasaran

Ini adalah perkara penting untuk penjual untuk mengetahui harga pasaran di sekitar Kawasan perumahan anda kerana dari situ anda akan menetapkan harga yang kompetitif. Maksudnya harga itu tidak melebihi nilai pasaran atau terlalu murah kerana ini akan membantu pembeli yang layak mendapatkan pinjaman yang secukupnya.

Dalam suasana kegawatan ekonomi kerana wabak covid 19 ini, kita perlu letakkan diri kita dalam situasi pembeli dengan memberi tawaran terbaik untuk rumah yang ingin dijual. Untuk pembeli yang mampu pula ada banyak pilihan dan mereka nak rumah terbaik pada harga paling berbaloi kan? Persaingan akan menjadi sengit jadi sebagai penjual anda boleh mencari kekuatan & kelebihan yang ada pada rumah tersebut atau cari “unique selling proposition / USP” rumah anda.

3. Buat iklan di tempat yang betul.

Meletakkan iklan pada platform yang betul adalah sangat berguna untuk menarik perhatian pembeli. Antara cara paling biasa digunakan semasa menjual rumah ialah memasang sepanduk (banner) di hadapan rumah tetapi peluang untuk rumah tersebut terjual melalui kaedah ini sangatlah rendah kerana orang yang lalu lalang tersebut belum tentu mahu membeli.

Bagi memastikan peluang menjual rumah dengan cepat, kita mesti mencari prospek yang benar benar berminat membeli rumah (warm traffic). Persoalannya mana nak cari mereka ni? Anda mesti iklankan di tempat yang dikenali ramai sebagai pasar menjual hartanah. Contohnya seperti berikut: Propwall, Propsocial, Mudah.my, iProperty. Ada laman web hartanah pula hanyak boleh digunakan oleh perunding hartanah yang berdaftar dengan mereka saja. Penting untuk anda tahu, membuat iklan di laman web ini memerlukan anda mengeluarkan modal tunai terlebih dahulu dan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing masing.

4. Cari kelebihan yang menarik minat pembeli

Ada beberapa perkara yang semestinya menjadi pilihan pembeli rumah, cuba perhatikan sama ada rumah kita ada ciri ciri di bawah:

  • Rumah kita mempunyai kawasan kejiranan yang lengkapdengan kemudahan awam seperti stesen LRT, stesen bas, surau / masjid, sekolah, kedai, dan sebagainya. Pembeli melayu biasanya akan mencari kawasan yang majoritinya beragama islam.
  • Rumah anda mempunyai status freehold atau leasehold / bumi atau non Bumi. Rumah yang berstatus freehold dan lot non bumi lebih mudah terjual kerana senarai prospek pembeli lebih besar. Ini kerana rumah kita boleh dipindah milik kepada kedua dua bumiputera dan bukan.

Jika rumah kita mempunyai kedua dua kriteria di atas, anda boleh masukkannya ke dalam iklan anda. Selepas anda mengenalpasti Unique Selling Proposition (USP) rumah, tiba masanya untuk kita iklankan di tempat yang sesuai.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )