Antara Sebab Owner Perlu Lantik Ejen Hartanah

Ramai yang masih tidak tahu apa fungsi melantik seorang ejen jika berurusan soal hartanah/ jual beli. Masyarakat kita masih dengan mentaliti, jika melantik ejen hartanah mereka akan dikenakan bayaran lebih. Hakikat sebenarnya, proses jual beli akan menjadi lebih mudah dan tidak merumitkan. Jadi kenapa perlu lantik ejen hartanah untuk menjual rumah anda?       

1. Ejen Hartanah adalah seseorang yang professional.

Dalam bidang kerjaya ini, amatlah penting untuk mempunyai banyak pengetahuan terutamanya mengenai hartanah yang hendak dijual. Ejen hartanah mempunyai standard dan proses jual beli yang mereka perlu ikuti. Jadi bila anda melantik mereka, ejen itu akan melakukan pemeriksaan ke atas hartanah tersebut dan memberi nasihat sama ada harga yang diletakkan itu munasabah atau tidak. Selain itu, ejen ini mempunyai “social networking” dengan penilai hartanah dan juga peguam. Jadi proses jual beli rumah itu akan menjadi sangat mudah.

2. Kemungkinan rumah terjual dalam masa yang terdekat sangat tinggi.

Seorang ejen hartanah itu mestilah berdaftar dengan syarikat hartanah. Dalam sebuah syarikat hartanah akan ada beberapa ejen-ejen lain. Jika anda ingin menjual haratanah itu secepat mungkin, dalam profesion ini ejen ejen boleh berkongsi senarai rumah mereka yang ingin dijual. Ia dipanggil co-agency, jadi bayangkan jika terdapat lebih dari 100 orang ejen. Anda cuma lantik seorang ejen tapi lebih dari 10 orang buat kerja untuk anda, pilihan yang bijak bukan?

3. Pembeli akan lebih yakin.

Pembeli akan menjadi yakin kerana mereka berurusan dengan ejen yang berdaftar. Jangan terkejut jika pembeli lebih percaya ejen hartanah lebih daripada tuan rumah, KENAPA? Ada beberapa kes yang pernah terjadi. Antaranya ialah tuan rumah tipu tentang duit deposit, satu rumah ada dua pembeli. Inilah peranan seorang ejen hartanah sebagai orang tengah dan mencegah perkara tidak sepatutnya daripada berlaku.

4. Prosedur jual beli rumah akan lebih mudah.

Setiap hartanah adalah berbeza walaupun luaran nampak sama. Jadi masih ada sesetengah pembeli dan penjual yang tidak tahu proses jual beli hartanah sepenuhnya. Antara contohnya, Malay Reserved Land hanya boleh di jual kepada siapa? Bagaimana pula jika perlu lakukan proses double title transfer? Jadi ada benda yang penjual dan pembeli sendiri tak mampu untuk selesaikannya. Ini la manfaatnya jika lantik ejen hartanah terlebih dahulu, proses akan jadi lebih mudah sebab mereka lebih arif dalam bab seperti ini.

 

Klik untuk Jual Hartanah Anda

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )