Makna 7 untuk RESCOMERS

Makna 7 untuk RESCOMERS

Rescom memilih No7 sebagai nombor pilihan kami. Apa makna nombor ini kepada rescomers?

Keberadaan kami dalam perniagaan ini tidak terhad untuk mendapatkan rezeki yang halal semata-mata tetapi kami bercita-cita untuk mencapai 7 perkara berikut:-

1. Kami hamba Allah yang beriman dan bertakwa

Rescomers memberi khidmat kepada masyarat tidak terhad kerana objektif mencari rezeki, tetapi untuk membina diri kami yang beriman dan bertakwa.

2. Kami anak yang soleh

Rescomers berusaha manjadi anak yang baik kepada ibu bapa kami. Ibu kami yang pertama, kemudian ayah kami.

3. Kami Ibu & Bapa yang bertanggungjawab

Rescomers memastikan peranan sebagai ibu dan bapa yang bertanggungjawab kepada anak-anak kami. Kami mendidik mereka menjadi manusia yang beriman, bertakwa dan berjaya di dunia dan akhirat.

4. Kami Suami dan Isteri yang Soleh

Rescomers sentiasa berusaha mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga kami dengan sentiasa menjadi pasangan yang soleh dan solehah.

5. Kami warga rescom yang Kompiten dan Amanah

Rescomers sentiasa berusahan menjadi rakan perniagaan dan warga yang kompiten dalam kerjaya kami dan sentiasa beramanah dalam urusan kami.

6. Kami umat yang berjasa

Rescomers sentiasa memikirkan bagaimana membangunkan rakyat Malaysia yang lebih berjaya kerana Nabi menyebut: “Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain” (HR Ahmad).

7. Kami usahawan yang kaya dan berjaya

Rescomers sentiasa menjadi usahawan yang berjaya membina dan mengubah peradaban manusia menjadi lebih baik.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )