4 Beza Ejen Hartanah dan Perunding Hartanah

4 Beza Ejen Hartanah dan Perunding Hartanah

1. Berdaftar dengan LPPEH sebagai Real Estate Agent.

Ejen Hartanah (Real Estate Agent atau REA) ialah individu yang telah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah sebagai REA dan mempunyai ‘E Number‘ sendiri seperti E0032. Manakalah Perunding Hartanah bernaung dibawah Ejen Hartanah dan berdaftar di LPPEH sebagai Real Estate Negotiator (REN) dan mempunyai Nombor REN masing-masing.

2. Mempunyai minimum Diploma atau Sijil Estate Management

REA perlu mempunyai kelayakkan akademi minimum dalam bidang pengurusan harta sebelum boleh melalui dua tahun praktikel dan hadiri temuduga LPPEH. REN pula tidak mempunyai kelayakan akademi minimum dalam bidang ini. Mereka hanya perlu hadiri Negotiator Certification Course (NCC) yang diwajibkan oleh LPPEH.

3. Layak menubuhkan firma ejen hartanah

REA layak untuk memohon menubuhkan firma atau agensi sendiri. Mereka juga boleh bekerja sebagai REA di firm yang telah wujud. REN pula tidak layak untuk menubuhkan syarikat sendiri. Setiap seorang REA layak mempunyai 30+20 REN dibawah pemantauannya.

4. Perlu lalui CPD

REA perlu melalui Continuing Professional Development atau CPD dengan jumlah credit hours yang telah ditetapkan oleh LPPEH setiap tahun sekiranya masih dibawah umur pencen untuk melayakkannya memperbaharui lesen REA. REN pula melalui Continuous Development Programme  atau CDP untuk memperbaharui nombor REN setiap tahun.

———————————-

Ditulis oleh Burhanuddin

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )