Modal Permulaan Untuk Menjadi Ejen Hartanah.

Modal Permulaan Untuk Menjadi Ejen Hartanah.

Untuk memulakan kerjaya sebagai ejen hartanah terdapat beberapa kos yang perlu di ambil kira. Di bawah terdapat beberapa kos yang perlu diambil kira sebelum memulakan kerjaya sebagai ejen hartanah.

1. Kos permulaan

Perkara pertama sekali untuk menjadi ejen hartanah anda perlu menghadiri kursus untuk menjadi perunding hartanah. Kos yang dikenakan untuk kursus ini harganya lebih kurang RM 600. Perunding Hartanah perlu lulus Kursus Persijilan Perunding dan dalam tempoh itu, anda akan mempelajari pelbagai topik, seperti undang-undang dan ekonomi harta tanah, pengurusan dan penilaian harta tanah, dan perakaunan.

2. Kos untuk pendaftaran

Selepas anda mengikuti kursus wajib itu anda akan mendaftarkan diri sebagai ejen hartanah. Kemudian anda perlu mendaftar di bawah mana mana agensi pilihan anda. Selalunya bayaran yang dikenakan dalam lingkungan RM 100 hingga RM 500 bergantung kepada agensi yang anda mohon. Bayaran yang dikenakan itu berdasarkan kepada kelengkapan yang agensi anda sediakan untuk permulaan. Contohnya, business card, banner, baju korporat dan buku panduan.

3. Kos pengiklanan

Anda juga perlu mengeluarkan sedikit modal untuk melakukan pengiklanan untuk memasarkan hartanah anda. Terdapat pelbagai cara untuk melakukan pemasaran terutamanya melalui platform sosial media, perlu diingatkan bahawa tidak semua platform menawarkan servis percuma. Contohnya, jika anda menggunakan laman web terkenal seperti Mudah.my akan dikenakan RM 5 untuk setiap listing yang disenaraikan. Untuk kos pengiklanan RM 500 sudah memadai untuk permulaan.

Akhir sekali, anda juga perlu mempunyai simpanan untuk sara hidup, bajet ini perlu untuk 2 – 3 bulan pertama setelah anda memulakan kerjaya sebagai ejen hartanah. Anda akan memerlukan masa untuk belajar buat jualan pada bulan pertama dan jika pada awal bulan kedua anda berjaya, tempoh sebulan lagi diperlukan untuk kes jualan anda tu lengkap. Akhir bulan kedua, anda akan terima komisyen. Jadi pada pendapat saya, sediakan bajet secukupnya untuk anda tempuhi tempoh ni.

daftar di www.rescom.my/newren atau Klik link wasup dibawah untuk ketahui lebih lanjut http://www.wasap.my/601156777823/newren

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )