Template Poster Raya AidilAdha

Salam kepada rescomers, pihak admin telah menyediakan 3 design poster yang boleh digunakan sempena Hari Raya Aidil Adha. Semoga kita diselamatkan daripada wabak covid-19 ini dan diberikan rezeki yang melimpah. Semoga kita menyambut Aidil Adha dalam keadaan yang bersederhana dan diberkati.

Ketika Nabi S.A.W tiba di Madinah selepas menempuh perjalanan hijrah yang panjang, penduduk Madinah telah pun mempunyai dua hari kebesaran. Mereka menyambutnya dengan mengadakan permainan-permainan. Lalu Baginda S.A.W bertanya mereka;

“Hari apakah yang kamu sambut ini?”

Mereka menjawab;

“Dua hari yang kami biasa menyambutnya (dengan mengadakan permainan) pada masa jahiliyah.”

Maka Nabi S.A.W bersabda kepada mereka;

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitrah.”

(Hadis riwayat Imam Abu Daud)

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )