8 Analisa Pemilihan Pembelian Hartanah

8 Analisa Pemilihan Pembelian Hartanah

Ramai orang dilema dalam memiliki rumah pertama mereka dan mereka tidak dapat membuat keputusan yang wajar. Asbab utamanya adalah kerana mereka tidak menganalisa pasaran terlebih dahulu sebelum melakukan pembelian hartanah tersebut.

 

Berikut adalah analisa yang boleh membantu bakal pembeli rumah:

1. Pemaju

Melakukan sedikit kajian mengenai latar belakang pemaju, jenis-jenis konsep hartanah dan maklumbalas tentang pemaju dan dapatkan pakej yang lengkap dari pemaju.

Anda perlulah mengambil kira kos yang terlibat seperti bayaran deposit, yuran guaman dan pembayaran dokumen hakmilik atau MOT (memorendum of transfer), inurans dan segala pakej yang ditawarkan pihak pemaju. Kos-kos ini perlu diambil kira dan dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Jika hartanah jenis subsale, ketahui kedudukan pemaju adakah masih wujud sehingga kini atau tidak, terutamanya kes yang melibatkan geran induk bagi memastikan proses jual beli tersebut mengikut garis masa yang dianggarkan.

2. Lokasi

Mengenal pasti kemudahan asas dikawasan persekitaran seperti sekolah, klinik, kedai dan sebagainya dalam memastikan persekitaran yang kondusif dan memenuhi kehendak atau keperluan anda.

Lebih bagus lagi jika anda sudah biasa dengan selok-belok kawasan itu.

Pemangkin nilai hartanah atau booster di lokasi tersebut sperti LRT/MRT, lebuhraya, pusat membeli-belah, kawasan industri dan pembangunan yang bakal dibina dalam kemajuan kawasan itu sendiri untuk menentukan nilai hartanah.

3. Permintaan

Kawasan hartanah yang mempunyai permintaan yang tinggi ini amat penting untuk memberi sewa atau pelupusan (mudah untuk dijual semula). Walaupun tujuan membeli hartanah untuk kegunaan sendiri, mungkin pada masa akan datang anda mahu berpindah ke rumah yang lebih selesa.

Jadi, adalah lebih bijak jika anda membeli hartanah yang sentiasa ada permintaan terhadap hartanah tersebut sama ada dari segi sewa atau pembelian. Permintaan yang tinggi juga dikenali sebagai Occupancy rate.

Contohnya, jumlah unit yang ada di Apartmen A adalah 500 unit. Unit yang diduduki adalah 490, manakala 10 unit tidak berpenghuni. Di sini kita boleh simpulkan yang Apartment A mempunyai permintaan yang tinggi.

Cara kira (melakukan anggaran):

a) Check lampu pada waktu malam, banyak menyala atau tak.

b) Untuk Apartment, lalu di setiap rumah tengok ada selipar / kasut di setiap rumah. Untuk Landed, ada kereta dekat porch setiap rumah.

4. Kepadatan Penduduk

 ‘Occupancy rate’ bermaksud kepadatan penduduk di satu-satu kawasan. Contohnya, jumlah unit yang ada di Apartment A adalah 500 unit. Unit yang diduduki adalah 490, manakala 10 unit tidak berpenghuni, atau 98% ‘occupancy rate’. Di sini kita boleh simpulkan yang Apartment A mempunyai permintaan yang tinggi; tiada masalah jika beli bertujuan untuk buat sewaan.

Seeloknya, cari kawasan yang mempunyai ‘occupancy rate’ lebih daripada 80%.

Cara kira / estimation,

check lampu pada waktu malam, banyak menyala atau tak. Apartment, lalu di rumah tengok ada tak selipar / kasut kat setiap rumah. Landed, ada kereta kat porch setiap rumah.

5. Harga

Kajian harga boleh dilakukan dalam pelbagai sumber medium hartanah secara online mahupun offline.

Selain itu, perbandingan harga kawasan sekitar juga boleh dibuat berdasarkan perbandingan ukuran hartanah.

Malah, anda juga perlu mengambil kira kos awalan yang perlu disediakan tanpa gagal dalam usaha memiliki hartanah tersebut (sekurang-kurangnya 15% dari harga hartanah yang dimiliki untuk kos awalan)

6. Kadar Sewaan

Menyemak kadar sewaan hartanah untuk dijadikan penanda aras potensi kawasan dan semakan harga yang boleh ditawarkan dalam pembelian hartanah.

Malah, anda perlu mengenal pasti golongan penyewa yang bakal menyewa.

Sebagai contoh, kita membeli rumah di kawasan pendidikan sebagai contoh UKM, UITM dan sebagainya. Target penyewa kita ialah pelajar berkenaan, oleh itu kita sendiri boleh menganggarkan kadar sewa mengikut kemampuan pelajar.

Anda juga perlu sentiasa mengambil langkah proaktif untuk menaiktaraf rumah sedia ada dari semasa ke semasa bagi mengurangkan susut nilai hartanah dan mengekalkan kadar sewaan bagi menampung pinjaman dan menjadikannya sumber pendapatan pasif disamping menjadi portfolio kewangan kita untuk pelaburan seterusnya.

7. Kenalpasti Target

Pastikan anda sudah kenal pasti golongan penyewa yang bakal menyewa hartanah anda.

Sebagai contoh, jika hartanah yang anda beli itu berhampiran dengan kawasan perindustrian, adakah harga hartanah itu bersesuaian dengan pendapatan pekerja kilang?

Sebagai contoh, sebelum kita membeli hartanah, kita mestilah mempunyai sasaran atau target penyewa. Misalnya, kita membeli rumah berhampiran kawasan pendidikan seperti UKM, UNITEN maka target penyewa kita ialah pelajar berkenaan. Oleh itu, kita sendiri boleh menganggarkan kadar sewa mengikut kemampuan pelajar malahan kita mungkin boleh mengusahakan sewaan secara fully furnish dan mengambil kira harga satu kepala.

8. SWOT Analisa

SWOT analisis ialah akronim kepada Strengths (kekuatan), Weaknesses (kelemahan), Opportunity (Peluang) dan Threat (Ancaman) yang ada pada hartanah tersebut.

SWOT analisis adalah tool yang amat berguna untuk kenalpasti kelebihan dan kekurangan sesebuah hartanah, agar kita mampu membuat keputusan yang lebih tepat.

Daripada SWOT analisis juga, kita dapat kenalpasti potensi dan risiko yang terlibat sebelum memutuskan untuk membeli hartanah tersebut.

 

Kesimpulannya, dari segi bajet, lokasi dan objektif membeli rumah mestilah jelas. Bertepatan dengan bajet kita biarlah membeli di bawah kemampuan untuk kita terus stabil dan dapat menjana pendapatan pasif untuk hartanah yang pertama dan seterusnya.

________________________________________________________________

Artikel ditulis oleh Rescom Realty

 

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )