3 Jenis Pilihan Hartanah

Pembeli rumah pertama kebiasaannya mengalami sedikit kesukaran untuk memilih hartanah. Berikut disenaraikan beberapa pilihan hartanah yang boleh dipilih.

1. Hartanah Primer

Juga lebih dikenali sebagai “undercons project” atau “project baru” yang melibatkan pihak pemaju dan pihak pembeli. Kebiasaannya pembeli melihat gambaran dan lakaran dari pihak pemaju.   

Antara kelebihan membeli hartanah jenis ini ialah pembeli akan mendapat reka bentuk rumah yang lebih moden dan cantik. Malahan mendapat rumah yang baru disamping banyak bonus yang menanti seperti, rebet, diskaun untuk ‘early bird’. Terdapat juga pemaju yang menawarkan bonus percuma seperti aircond, kipas, kitchen cabinet.

Akan tetapi, pembeli berhadapan dengan risiko pemaju gagal menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan atau rumah terbengkalai. Pembelian adalah berdasarkan trust kepada agent developer dan credibility developer.

2. Hartanah Sekunder

 Hartanah jenis ini dikenali sebagai sub sale atau rumah second hand yang dibeli dari owner rumah yang pernah mendiami rumah itu atau tidak pernah diduduki.

Pembeli yang membeli hartanah jenis ini tidak perlu berhadapan dengan risiko seperti membeli hartanah baru bawah pemaju. 

Pembeli boleh melihat keadaan rumah, reka bentuk luaran dan dalaman rumah, dan membuat pilihan mengikut citarasa. Malahan jika bertuah, terdapat juga pemilik rumah yang menawarkan rumah fully furnish.

Jika memilih hartanah jenis ini, pembeli boleh membuat tawaran harga. Tidak mustahil mampu memiliki hartanah idaman pada harga berpatutan.

3. Hartanah Lelong

Hartanah yang sudah dimiliki atau pernah didudukii, dan atas sebab-sebab tertentu pihak bank terpaksa melelong hartanah tersebut.

Syarat utama memiliki hartanah lelong ini mestilah melalui proses pembidaan. Harga rumah lelong ini juga pada harga market value, atau dibawah paras market value.

Hartanah jenis ini kebiasaannya kurang diminati golongan pembeli rumah pertama disebabkan faktor prosedur yang perlu dipatuhi, masa melihat rumah yang terhad, proses pembidaan yang merumitkan, proses mendapatkan pembiayaan dan seterusnya proses baik pulih rumah yang akan mengambil masa malahan tenaga dan wang yang perlu dilaburkan.

Secara keseluruhannya, ada 3 jenis hartanah yang boleh dipilih mengikut bajet, kehendak dan keperluan anda.

 

Ditulis oleh:

 

Wan Muhammad Zamri Bin Wan Nawang

Saya telah berpengalaman dalam bidang ini selama 10 tahun. Saya pernah melanjutkan pengajian di UKM pada tahun 2001, Master In Environmental Management. Pada tahun 2015, saya mengambil Sijil Agensi Harta Tanah di INSPEN. Kawasan tumpuan saya di KL, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan.

Website: www.zamri.rescom.my

 

 

Azmah Abdullah Sani

Pengalaman saya dalam bidang ini selama 3 tahun. Sebelum ini saya belajar dalam bidang IT. Kawasan tumpuan saya di Bangi, Kajang dan Putrajaya.

 

Website: www.azmahartanah.com

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )