6 Sebab Perlu Beli Hartanah

Umum mengetahui, harga pasaran hartanah semakin meningkat dari masa ke semasa.

Oleh yang demikian wajarlah anak muda sekarang fokus mencari hartanah untuk mendapat manfaat daripada pembelian tersebut.

Seringkali anak muda menjadi keliru, rumah jenis apa patut dibeli dahulu, masa yang sesuai untuk membeli, lokasi di mana hendak dibeli, berapa harga yang berbaloi untuk dibeli, dan pelbagai persoalan lagi menjadi dilema. Oleh itu, pembeli rumah pertama khasnya, mestilah jelas dengan tujuan utama mereka membeli rumah.

Berikut ialah segala persoalan yang menjadi kemusykilan para pembeli kenapa perlunya membeli hartanah.

1. Tidak perlu menyewa

Membeli rumah adalah lebih baik dari menyewa kerana rumah itu akan menjadi milik kita sepenuhnya selepas kita habis membuat bayaran pinjaman. Pembeli boleh membeli rumah dan membuat pinjaman yang hampir sama dengan kadar sewaan rumah lama.

Oleh itu, pembeli pertama khususnya boleh mengambil pakej perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan seperti “Rumah Pertamaku, skim Mydeposit”. Pakej yang ditawarkan kerajaan sangat membantu pembeli dari segi harga terutamanya.

2. Hartanah sebagai tempat tinggal

Jika tujuan utamanya untuk tempat tinggal sendiri sesudah berkahwin mahupun masih bujang, pembeli digalakkan membeli tidak jauh daripada lokasi pekerjaan atau berhampiran dengan laluan yang mudah untuk ke tempat kerja seperti lebuhraya.

Walaupun anda merasakan harga rumah tersebut adalah mahal tetapi kos perjalanan dan masa yang diperlukan dengan tekanan kesesakan lalulintas juga perlu diambil kira. Adakah ianya berbaloi jika membeli rumah yang jauh dari tempat kerja hanya kerana mahukan rumah yang murah.

3. Hartanah untuk pelaburan

Dua garis panduan yang wajib difahami untuk melabur.                       

(a) Cashflow (Aliran Tunai)

Untuk menentukan aliran tunai, pengiraan ROI (Return on Investment) diperlukan.

Sewa mestilah melebihi kos bulanan bank & kos yang terlibat.

Aliran tunai yang kita dapat itu merupakan pendapatan daripada pelaburan pembelian rumah.

ROI (Return On Investment) atau makna dalam bahasa melayu, Pulangan Atas Pelaburan dari nisbah keuntungan yang diperolehi.

Formula ROI:

ROI (%) = Harga sewa setahun × 100 / harga rumah yang dibeli x 100

Harga rumah yang dibeli

Contohnya, pembelian hartanah berharga RM150, 000 dengan menggunakan pinjaman bank yang memberi komitmen bulanan RM700. hartanah ini kemudian disewakan dengan harga RM1,000 setiap bulan. Maka pengiraan ROI adalah seperti berikut;

RM12, 000  x 100

RM150, 000

= 8%

Kebiasaannya aliran tunai boleh diperolehi jika membeli dan menyewakan rumah yang teletak di kawasan yang mempunyai banyak elemen ‘booster’ hartanah seperti berhampiran dengan jaringan pengangkutan awam.

(b) Capital Appreciation (Kenaikan Modal)

Hartanah yang mendapat ‘Capital Appreciation’ atau peningkatan/kenaikan Modal yang tinggi sering menjadi pilihan para pelabur yang suka membuat ‘Flip’.

Mereka membeli, menyimpan dalam tempoh tertentu dan mengubah suai untuk dijual mengikut harga pasaran atau lebih.

Kebiasaan hartanah jenis ‘landed’ atau atas tanah menjadi pilihan kerana mempunyai ruang yang dapat meningkatkan kenaikan modal lebih tinggi.

4. Hartanah untuk pencen persaraan

Bagaimana rumah boleh dijadikan duit pencen selepas bersara?

Ya dengan membeli rumah diusia muda, selepas 30 tahun, tempoh pembayaran dengan pihak bank telah tamat.

Jadi jika rumah tersebut disewakan, harga sewa menjadi 100% pendapatan bersih pemilik.

Selain itu, jika rumah tersebut tidak disewakan, pemilik boleh tinggal dengan tenang tanpa memikirkan tentang hutang rumah.

5. Hartanah sebagai harta warisan

Rumah diwariskan untuk generasi akan datang.

Kelak anda akan rasa bertuah kerana membuat tindakan yang bijak dengan membeli sesuatu hartanah di kawasan tertentu pada harga murah. Apabila kenaikan harga hartanah meningkat dari tahun ke tahun, mungkin anak-anak tidak mampu membeli hartanah tersebut.

Contohnya pada masa kini, harga RM500K masih boleh membeli rumah teres, tetapi harga tersebut pada masa akan datang mungkin akan lebih mahal.

6. Hartanah sebagai tabung kecemasan                                                   

Nilai hartanah adalah kalis inflasi.

Kenaikan harga hartanah setiap tahun, menjadikan hartanah pelaburan yang wajar dimiliki oleh pemilik perniagaan khususnya.

Walaupun hartanah sukar dicairkan, mengambil masa dan tempoh tertentu untuk dijual, namun hartanah berupaya menjadi tabung terakhir menyelamatkan kewangan pemilik.

Justeru hartanah boleh dianggap satu bentuk tabungan masa hadapan menggantikan tunai simpanan dalam bank.

Kesimpulannya, kita mesti jelas dengan TUJUAN kita membeli hartanah tersebut dan terus mencari ilmu dalam pemilikan hartanah yang sesuai dengan tujuan kita. Mungkin tujuan kita tidak sama pada hari ini berbanding masa hadapan tetapi umumnya rumah merupakan kemudahan asas yang kita perlukan dan tetapkan TUJUAN anda.

 

Ditulis oleh:

Rosniza Binti Tanidi

5 Tahun pengalaman dalam bidang hartanah. Sebelum ini mengambil jurusan B.MIS (Hons)Management Information System di UIA. Kawasan tumpuan saya di Bangi, Kajang, Putrajaya dan Seremban.

Website: www.property-lovers.com

www.hartanahexpert.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )