4 Cara Semak Harga Pasaran Hartanah

Harga jualan yang berpatutan kunci kejayaan untuk menjual hartanah. Penjual hartanah mempunyai beberapa cara mudah untuk memeriksa nilai pasaran hartanah.

1. Hubungi Penilai Berdaftar

Penjual boleh menghubungi penilai berdaftar untuk membuat semakan oleh profesional. Bergantung bagaimana report yang dikehendaki oleh penjual, anda mungkin dikenakan charge untuk tujuan ini.

2. Bantuan Ejen Hartanah

Ejen & Perunding hartanah yang fokus kepada area tertentu mungkin mempunyai maklumat umum nilai pasaran hartanah di area tersebut berdasarkan pengalaman transaksi terdahulu yang mereka telah uruskan selain mereka turut dilatih untuk membuat semakan nilai hartanah melalui tools dan contact mereka yang terdiri dari pegawai bank atau penilai.

3. Iklan Hartanah

Harga yang dipaparkan di iklan hartanah dilokasi dan spesifikasi yang sama boleh memberi gambaran umum harga penawaran yang ada di pasaran dan tidak semesti mencerminkan nilai pasaran sebenar. Ini kerana ada juga pemilik yang mengiklankan hartanah mereka jauh melebihi  nilai pasaran.

4. Portal Brickz.my

Penjual boleh memeriksa transaksi terdahulu hartanah di lokasi yang sama untuk membuat jangkaan berapa nilai hartanah yang hendak dijual. Brickz menawarkan pemeriksaan data dalam jumlah yang terhad untuk pemeriksaan secara percuma dan penguna perlu melanggan untuk akses ke data yang lebih banyak.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )