Apa Tugas Ejen Hartanah?

Apa Tugas Ejen Hartanah?

1. Dapatkan Penjual

Senagai perunding hartanah, anda berkhidmat kepada pelanggan iaitu pemilik dan pembeli hartanah. Jadi kita akan dapatkan hartanah untuk anda promosikan dan jual dari pemilik, ini yang dipanggil sebagai “listing”. Langkah kerja bagi perkara ini ada banyak, iaitu pertama sekali anda kerja untuk dapatkan listing. Kerja ini dipanggil sebagai “prospecting”, dimana anda perlu mencari pemilik yang berminat untuk jualkan rumah mereka dengan menggunakan khidmat daripada agensi anda.

2. Buat Analisis

Selepas anda berjaya dapatkan pemilik yang berminat menggunakan servis anda, semak hartanah mereka untuk pastikan rumah tersebut kompetetif untuk kita pasarkan. Kemudian, anda sampaikan analisis anda kepada pemilik dan beri nasihat supaya rumah dapat dijual.

3. Inspection

Bila pemilik setuju, tetapkan temu janji dengan mereka untuk periksa keadaan rumah. Langkah ini yang dipanggil sebagai “inspection”.

Semasa anda melakukan inspection, bina hubungan yang baik dengan pemilik dan terangkan proses jualan rumah kepada mereka. Ambil juga beberapa gambar dan kaji keadaan hartanah tersbut. Beri nasihat yang patut supaya hartanah dapat terjual dan di akhir inspection dapatkan lantikan jualan daripada pemilik.

4. Iklankan Listing

Tugas seterusnya ialah iklankan listing tersebut, biasanya melalui medium seperti mudah.my. Iklan itu perlu dipantau supaya bakal pembeli dapat jumpa Ketika mencari.

Bila ada pembeli hubungi, bina hubungan dan saring mereka sebab anda nak pastikan pembeli itu ada potensi dan dah bersedia untuk beli rumah. Selepas itu, tetapkan temu janji untuk pembeli lihat rumah.

5. Viewing dan closing

Semasa viewing buat hubungan baik, teman mereka meninjau hartanah tersebut. Anda juga akan yakinkan mereka kenapa listing tersebut sesuai dengan mereka. Jika pembeli berminat, jalankan proses rundingan dengan pemilik. Setelah berjaya, kedua pihak menandatangani boring tempahan. Pembeli akan bayar wang tempahan kepada agensi anda. Wang ini adalah komisen anda kalua jual beli selesai.

6. Pinjaman dan guaman

Selepas itu, bantu pembeli untuk dapatkan pinjaman dan khidmat guaman. Jika lulus, pembeli dan penjual akan tandatangan perjanjian jual beli. Setelah itu baru anda dapat komisen. Dalam proses pindah milik pula, bawa penilai bank ke rumah. Anda juga mungkin akan kemaskini status pindah milik tersebut, hujung proses baru serahkan kunci.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )