Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Jual Rumah

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Jual Rumah

1. Harga pasaran.

Hendaklah melakukan semakan harga pasaran dengan penilai hartanah. Jadi, semakan harga pasaran sangat penting kerana ia akan menentukan sama ada pembeli layak untuk dapatkan pinjaman atau tidak kerana pihak bank harga bagi pinjaman berdasarkan harga pasaran sahaja. Cara paling mudah lantik ejen hartanah untuk sesi jual beli hartanah.

2. Dokumen hartanah

Semakan dokumen hartanah amat penting kerana ia akan mempengaruhi proses jual beli rumah. Antara contoh dokumen penting adalah:

  • Geran
  • Perjanjian jula beli
  • Cukai tanah
  • Cukai pintu
  • Deed of assignment
  • Boring 14A
Hubungi Kami Untuk Bantu Jualan Anda

3. Semak kos

Antara kos yang perlu diambil kira contohnya, kos untuk perguam seperti perjanjian jual beli, stamp duty, surat cara, CKHT, concent dan redemption loan. Selain itu, kos untuk jurukur, valuation report, dan professional fees untuk agensi hartanah yang dipilih.

4. Lantikan peguam dan Ejen hartanah

Penjual boleh melantik peguam sendiri untuk transaksi jual beli hartanah. Peguam yang dilantik mestilah berpengalaman dalam Conveyancing iaitu mengurus jual beli harta tanah. Peguam juga adalah “Stakeholder” sekiranya ada lebihan tunai jualan selepas perjanjian jual beli. Manakala ejen hartanah pula dilantik untuk memudahkan urusan jual beli hartanah kerana mereka mempunyai networking yang luas. Ejen hartanah juga mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas terhadap pasaran hartanah dan permintaan.

5. Baki pinjaman

Untuk Langkah berjaga jaga, semak baki pinjaman dan jumlah baki mestilah kurang daripada harga jualan. Sudah semestinya sebagai penjual anda mengharpakan keuntungan dari jualan tersebut, jadi selepas ditolak jualan kos yang berkaitan, itu lah keuntungan yang sebenar. Untuk baki pinjaman boleh minta penyata bakli pinjaman di bank.

Hubungi Rescom disini untuk jualan hartanah anda.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )