Antara Keperluan Dan Kemahuan , 3 Cara Mudah Merangka bajet Yang Berkesan

 

Kita mesti selalu jalan jalan  dalam pusat beli belah kemudian ternampak baju atau seluar yang kita nak sangat pakai kan ?

 

Sebab korang rase korang ni suka ke sana ke sini bersama baju dan seluar yang mahal dan cantik di pandangan orang lain

 

tapi kenapa korang nak beli sangat pakaian yang mahal tu ?

 

Dalam hal ini, ada barang  yang korang boleh beli TAPI ada barang yang korang tak perlu pon beli sebenarnya

 

tapi tak bermaksud korang tak boleh beli langsung barangan tu cuma korang kene ikut 3 langkah ni sahaja

 

Apa beza 2 perkara ini untuk kita ? 

Keperluan  ialah perkara yang kita wajib belanja untuk memastikan kita dapat menjalani kehidupan seharian kita bekerja

 

dengan kata lain , ia menjadi satu rutin kita membelanjakan  wang kita namun tidak berbelanja dengan jumlah gaji bulanan kita untuk bayar ansuran rumah , sewa , atau kereta

 

senarai di bawah merupakan beberapa perbelanjaan dalam kategori keperluan :

  • Rumah
  • Kenderaan
  • Insurans
  • Minyak dan eletrik
  • Makanan

 

Untuk kemahuan , adalah perbelanjaan yang akan membuatkan anda suka untuk membeli barang kegemaran, dengan kata lain korang selesa membeli barangan tersebut.

kita boleh hidup macam biasa tanpa perlu membeli barangan kemahuan kita dan boleh hidup dengan cara sederhana yang korang ada

 

contohnya beras merupakan makanan keperluan seharian kita namun kita lebih ingin makan chicken chop sebagai makanan kemahuan kita

 

Perbuatan apa yang dipanggil ‘kemahuan’ ?

ia termasuk juga dengan

 

  • Melancong
  • Hiburan ]
  • Baju berjenama, designer
  • keahlian gym
  • Minum kopi Mahal

 

2 kategori ini  adalah biasa cuma keperluan dan kemahuan TAPI  tidak sama kepada setiap orang

Hal ini diberitahu oleh  Leslie H. Tayne, pengasas Tanyne Law Group, sebuah firma guaman menguruskan hutang di bandar New York.

Beliau berikan kaunseling kepada klien berkaitan hal pengurusan kewangan peribadi. Dan daripada kajian beliau, beliau mendapati bahawa  konsep antara keperluan dan kemahuan, ada kaitan dengan faktor psikologi manusia.

 

contohnya , korang perlukan kereta untuk bekerja setiap hari. Tapi kereta dengan ansuran bulanan RM3,000 sebulan, mungkin tak logik dengan bajet korang.

 

Nak Bergaya itu boleh namun harus ikut kepada keadaan kewangan kita

kerana ade beberapa orang yang menganggap perkara di atas adalah satu kewajipan untuk mempunyai kemewahan yang mereka perlukan dan menyebabkan kita akan keliru sama ada cara kita membeli itu adakah ia KEMAHUAN atau KEPERLUAN

tayne juga memberitahu bahawa beliau telah melihat perkara ini dari sudut perniagaan dan anggap ia sebagai masalah kewangan  dan memberikan soalan ” adakah mereka itu boleh hidup tanpa barang itu ?”

 

sekiranya perkara itu tidak diperlukan atau tidak penting kepada anda ia boleh dikategorikan sebagai KEMAHUAN anda sahaja

 

3 Rahsia Cara untuk kita menyusun ‘kemahuan dan keperluan’ 

 

senaraikan barang yang korang ingin beli dan bayar setiap. Ini termasuk tisu, barang mandian, hingga ke insuran nyawa.

 

Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu ‘keperluan,’ dan satu lagi ‘kemahuan.’

 

kebanyakan orang akan letakan pelan telefon mereka dan insurans lain ke dalam kategori ‘ keperluan ‘ namun langganan untuk TV seperti ASTRO diletakan di ‘ Kemahuan’

 

jumlahkan semua yang korang ingin beli dan susun mengikut perkara yan paling utama

 

sekiranya kita mengikut cara NerdWallet ini, mereka menyarankan mengunakan bajet 50/30/20 , yang bermaksud

  1. 50% untuk perbelanjaan ‘keperluan ‘
  2. 30% untuk perbelanjaan ‘ Kemahuan ‘ 
  3. 20% pula untuk perbelanjaa ‘Simpanan ‘  dan ‘ Bayar Hutang ‘ 

 

Sekiranya anda dapati perbelanjaan semasa korang tidak sama dengan perancangan kewangan  yang korang telah buat , jadi apa yang korang perlu buat ?

korang boleh cuba ubah dengan 3 cara ini :

 

1. Tengok balik senarai yang anda telah lakukan

buat ‘Double check’ terhadap  senarai yang korang  telah buat , takut ade perkara yang tersilap masuk kategori , contohnya seperti perkara keperluan patut di dalam keperluan tapi korang terletak di kategori kemahuan.

 

 

2. Merangka balik belanja untuk keperluan 

sekiranya anda harus bayar sesuatu perkara contohnya insuran , tidak bermaksud korang perlu bayar lebih daripada yang telah ditetapkan , mungkin korang boleh rajin kepada pihak insuran sekiranya ada mereka menyediakan plan yang sesuai untuk kewangan anda .

 

 

3. Kurangkan berbelanja untuk ‘ kemahuan ‘ 

mungkin kita  cakap sahaja senang namun nak buat itu amat lah susah

bukannya tak boleh belanja langsung TAPI kene kurangkan, jika nak beli sesuatu barang yang mahal dan cantik kumpul duit

 

contohnya membeli kereta dengan harga murah dan boleh digunakan dengan baik atau beli kasut yang tidak mahal sangat tapi berguna untuk korang

 

jadi sekarang korang dah tau nk buat apa bukan? , berbelanja dengan baik dan telus agar bajet tidak lari dari perancangan anda

yang paling wajib letakkan keperluan sebagai keutamaan korang.

 

untuk maklumat lanjut boleh melayari  https://www.rescom.my/newren

 

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )