7 Faktor pemilihan hartanah

1. Faktor lokasi yang betul

Lokasi yang strategik akan memudahkan urusan harian anda, sekiranya ada kemudahan seperti hospital, highway, sekolah, kedai kedai runcit atau pasaraya, balai polis dan lain lain akan memberikan manfaat kepada diri sendiri lebih lebih lagi bagi sesiapa yang mempunyai keluarga.

2.Keselamatan

Keselamatan perlu dititikberatkan. Jika hartanah yang ada pos pengawal, CCTV, polis bantuan ataupun berdekatan dengan balai polis akan menarik minat pembeli pada masa akan datang jika kita nak jual hartanah tersebut.

3. Faktor kejiranan

Jika kejiranan kita aman tenteram akan mudah meningkatkan lagi harga rumah tersebut. Sesetengah pembeli atau penyewa tidak suka  dikelilingi penyewa warga asing kerana takut ia akan mengancam diri dan keluarga mereka.

4. Faktor persekitaran

Persekitaran kurang mendapatkan permintaan termasuklah, berdekatan bukit, di kawasan pedalaman, dekat dengan tempat pembuangan sampah, yang kita sendiri rasa tak selesa. Ia mempengaruhi pembeli untuk membeli rumah atau menyewa jika kawasan yang dibelinya cantik dan tidak suram.

5. Faktor jalan raya & pengangkutan awam

Hartanah terbaik ialah mempunyai laluan jalan raya yang baik. Hartanah berdekatan dengan lebuhraya akan meningkatkan harga rumah dengan cepat. Kemudahan pengangkutan awam seperti bas, teksi, LRT, komuter dan sebagainya dianggap berpotensi besar. Kemudahan ini mempengaruhi pembeli bagi yang bekerja di bandar terutamanya di kawasan Kuala Lumpur.

6. Faktor kemudahan prasarana

Prasarna akan memudahkan pembeli atau penyewa rumah untuk membeli barang keperluan mereka. Prasarna yang baik juga akan memberikan mereka keselesaan. Antara prasarana penting ialah restoran, kedai runcit, bank, masjid, pasaraya, bangunan perniagaan, dan sebagainya.

7. Faktor bencana alam

Kena kajian kawasan tu mudah banjir ataupun ada sejarah tanah runtuh. Mungkin akan menurunkan nilai hartanah di masa depan.

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )