Penjual perlu tahu apa itu CKHT?

Penjual perlu tahu apa itu CKHT?

Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, CKHT ini adalah Cukai Keuntungan Modal yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk setiap keuntungan yang diperoleh daripada pelupusan hartanah. Antaranya menerusi jualan tanah atau hartanah yang harga jual semula adalah lebih tinggi dari harga belian. CKHT tidak akan dikenakan sekiranya harga jualan adalah sama atau lebih rendah daripada harga asal.

Jadi persoalannya, siapa yang akan dikenakan CKHT? Ia terbahagi kepada dua iaitu individu dan syarikat. Bagi individu yang menjual hartanah dengan keuntungan yang bersih dari jualan tersebut layak dikenakan CKHT. Manakala untuk syarikat pula, hanya dikenakan ke atas syarikat yang mempunyai nilai asset nyata (75%) atau lebih dari lupusan saham.

Seterusnya, bagaimana cara untuk membayar CKHT?

  • Dapatkan boring di LHDN ataupun muat turun dari lama sesawang LHDN sendiri.
  • Untuk penjual, anda perlu dapatkan boring Pelupusan Harta Tanah (CKHT 1A) dari LHDN. Pastikan untuk kepilkan bersama salinan perjanjian jual beli (S&P/S&A) bersama dokumen sokongan yang lain.
  • Untuk pembeli, perlu mengisi boring CKHT 4 iaitu Sijil Perakuan Penyelesaian yang juga dikepilkan bersama Salinan Perjanjian Jual Beli (S&P/S&A).
  • Jika hartanah anda mendapat kelayakan untuk pengecualian bayaran, isi boring CKHT 3 (Notis pemberitahuan Maklumat di bawah seksyen 27 A CKHT 1976).
  • Borang yang lengkap perlu dihantar bersama dokumen sokongan. Penyerahan boring perlu dihantar dalam tempoh masa 60 hari di cawangan LHD berdekatan.

Akhir sekali, bagaimana untuk dapat pengecualian CKHT? Terdapat 3 keadaan di mana seseorang boleh dapatkan pengecualian.

  • Jual beli hartanah dilakukan sesama ahli keluarga. Contoh ibubapa dan anak.
  • Pengecualian 1 kali seumur hidup untuk hartanah yang dijual.
  • Nilai keuntungan bersih RM10,000 atau lebih rendah.

Klik Untuk Jual Hartanah

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )