4 Syarat Yang Patut Ada Sebelum Penyewa Bersedia Membeli Rumah

 

Ramai orang mempunyai impian yang besar untuk membeli sebuah rumah sendiri, namun sebelum anda membelinya , anda mesti menyewa rumah lain dahulu , selepas lama menyewa, mungkin anda bersedia untuk membeli rumah.

 

Jadi bagaimana  kita tahu yang kita sudah bersedia untuk membeli rumah atau belum bersedia membeli rumah ? Jadi disini ada 4 syarat yang mesti ada sebelum anda sedia untuk membeli rumah.

Boleh artikel ini sampai habis

 

1. Mempunyai Simpanan Kecemasan 

 

Sekiranya anda tidak tahu , rakyat Malaysia dalam 75%  tidak mempunyai simpanan tidak sampai RM1000 . Dengan itu anda harus buat dahulu simpanan Kecemasan sekurang – kurangnya dalam tempoh 6 bulan gaji sebelum  nak beli rumah .

Simpanan kecemasan ini amat penting untuk membantu anda sekiranya berlaku kecemasan yang tidak kita sangkakan akan berlaku , seperti contoh anda telah diberhentikan kerja , anda tetap ada masa 6 bulan untuk bayar ansuran bulanan rumah sebelum anda mendapat pekerjaan yang baru . Oleh itu, anda dapat elakkan daripada rumah anda kena lelong dan duit ansuran yang telah bayar itu akan hilang serta merta.

lagi Menarik, anda boleh membuat simpanan kecemasan di ASB dan Tabung Haji sebab anda tidak mudah untuk mengeluarkan duit begitu sahaja, serta duit anda boleh bertambah tambah dalam kedua dua medium tersebut.

 

2. Menyemak Gaji 

 

Ali cakap dekat Abu

” Aku ni gaji kategori B40 , tak lepas langsung nak beli rumah ”

 

Pasal gaji ini , anda perlu faham dulu apa maksud B40 sekiranya anda tinggal di kawasan lembah klang. Purata gaji untuk lembah klang adalah dalam RM4000 ke bawah. Jadi bagaimana pula untuk mereka yang mempunyai gaji hanya RM1,500 ?

Di sini memperkenalkan kepada semua , satu formula yang bernama Income-to-Mortgage Ratio yang membawa makna pinjaman bulanan anda tidak boleh lebih satu per tiga daripada gaji kasar anda.

 

Formulanya: Gaji Kasar Darab 30 /1000

Jika gaji anda semua adalah RM1,500, ansuran bulanan wajib tidak melebihi RM400 sama dengan harga rumah RM90,000. Ada ke rumah harga macam itu ? kalau kita tengok di lembah klang agak mustahil untuk jumpa rumah dengan harga tersebut , jika tiada anda harus untuk menyewa rumah dahulu sehingga anda cukup kumpul duit gaji yang cukup untuk beli rumah atau anda boleh cari kerja separuh masa untuk tambah duit lagi .

3. Rumah yang sesuai untuk dibeli 

Kalau anda nak tau , ada 3 jenis rumah yang anda boleh beli iaitu Undercons, subsale dan lelong

” Tapi rumah Undercons selalunya terlalu mahal dan di luar kemampuan kita ”

 

tenang dulu , jangan tuduh sembarangan. kalau nak tau ada sahaja rumah undercons yang murah seperti rumah rumah di Rumawip dan PR1MA.

 

Seperti contoh, untuk Rumah Rumawip ada sahaja hartanah yang menawarkan harga RM63K dengan keluasan minimum 700 sqf.

Sekiranya ada tidak mampu juga , anda boleh membeli rumah Subsale, apa yang dijamin ialah harga rumah subsale ini lebih murah berbanding rumah undercons dan anda boleh berunding mengenai  harga rumah bersama tuan rumah sehingga anda dapat kunci rumah tersebut, cuma anda perlu mengeluarkan kos yang tinggi sedikit untuk Bayaran Muka ( DownPayment) .

 

Jika anda rasa Harga Subsale masih mahal , jangan risau , mungkin pilihan terakhir anda ialah rumah lelong. Rumah lelong selalunya dijual 20%-30% di bawah harga pasaran bergantung kepada keadaan rumah tersebut. Sekiranya kurang persaingan beli sebuah rumah lelong , anda ada peluang besar untuk membeli rumah tersebur NAMUN anda harus membayar kos membaik pulih dan hutang  hutang/bil  tertunggak.

Ini semua bergantung kepada pendapatan bulanan yang anda akan dapat, kalau duit sudah cukup anda boleh beli rumah yang anda mahukan .

 

 

4. Menjaga DSR Dan Pantau CCRIS

DSR dan CCRIS kerap menjadi halangan utama untuk anda semua membeli rumah. Apa itu DSR ? Mari baca  Penjelasan ini.

 

DSR ialah Debt Service Ratio . servis yang digunakan oleh pihak bank untuk menentukan sama ada layak ataupun tidak seseorang tersebut untuk memohon pinjaman.

 

Dengan kata lain , pihak bank akan memeriksa gaji bersih dan komitment kita dalam bulanan sekiranya kita mempunyai hutang PTPTN, hutang kereta dan lain lain untuk menentukan adakah tahap kewangan anda relevan  dengan harga rumah yang anda telah pilih.

 

Perkara yang anda wajib tahu dan tidak terlepas mengenai DRS ,  DSR tidak boleh lebih daripada 70% dan juga ada pihak bank yang telah menetapkan peratusan dengan rendah. Sekiranya anda melebihi daripada yang telah ditetapkan , pinjaman anda akan ditolak serta merta  dan juga pinjaman anda akan ditolak sekiranya anda menangguh bayar hutang seperti PTPTN.

 

Untuk CCRIS , anda kena sentiasa pantau bagi memastikan kebarangkalian untuk lulus bagi permohonan pinjaman , kerana kebarangkalian dia sangat tinggi . Kerana apa ?kerana di dalam CCRIS  banyak maklumat tentang laporan kredit anda disimpan. Serta rekod pembayaran anda sangat teruk ia akan menyebabkan anda jadi lebih susah untuk mendapat pinjaman rumah.

 

kesimpulannya dari keempat empat syarat tersebut ialah anda perlu faham yang rumah ini bukan lah macam makanan yang murah di kedai biasa , sekiranya tersilap langkah , ia akan membuat anda terkena risiko lain dan membuatkan diri anda rugi untuk mendapatkan rumah baru anda dan anda perlu betul betul bersedia dalam membeli rumah pertama anda.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )