Tanda Tanda Seorang Perunding Hartanah Yang Bakal GAGAL Dalam Kerjaya!

Untuk berjaya dalam bidang ini, anda sebagai perunding hartanah perlu buang tabiat buruk yang akan menjejaskan prestasi kerja anda.

1. Malas buat sales.

Sememangnya kita tahu waktu kerja perunding hartanah sangat fleksibel, mereka tidak terikat dengan waktu bekerja. Jadi sepatutnya dalam masa 24 jam boleh dipenuhi dengan aktiviti jualan atau mengikuti aktiviti agensi yang dapat memebri faedah. Sebaliknya memilih untuk membuat aktiviti personal seperti minum minum dengan kawan atau sebagainya yang tidak berkaitan dengan jualan.

2. Tak ada system follow-up yang baik.

Perunding hartanah yang baik perlu ada system follow up yang bagus kerana dari situ akan terhasilnya kepercayaan. Contoh, selepas selesai proses jual beli teruskan berhubung dengan client anda seperti tanya khabar atau bertanya jika ada lagi rumah untuk dijual/beli. Dari situ anda akan dapat prospek buyer melalui kaedah referral. Selain itu, semasa proses jual beli itu di jalankan sentiasa update kepada client anda supaya mereka tahu setiap satu proses yang telah anda lakukan. Itu juga akan terhasilnya kepercayaan mereka kepada anda sebagai perunding hartanah mereka.

3. Tidak berusaha untuk menjadi kreatif.

Untuk menjadi perunding hartanah yang berjaya pada masa kini, anda perlu la menjadi seorang yang sangat kreatif seiring dengan era masa kini. Contohnya, pendekatan tentang jualan itu dibuat melalu online platform seperti Instagram, tiktok atau website hartanah. Jika perunding hartanah kurang kreatif bagaimana untuk yakinkan dan tarik perhatian pelanggan?

4. Strategi jualan yang kurang efektif.

Seorang perunding hartanah itu akan gagal jika tiada strategi yang tersendiri untuk meningkatkan sales setiap bulan. Contohnya, sediakan graph untuk mencatat record sales mengikut bulan. Dari situ, anda dapat lihat jika graph jualan anda meningkat ataupun tidak dan cuba untuk mencari apa kekurangan yang menyebabkan graph anda merosot. Cuba perbaiki dengan menghadiri seminar berkaitan perunding hartanah atau hadir ke meet-up yang dibuat oleh agensi anda sendiri.

5. Tidak pandai atur masa dengan berkesan.

Perunding hartanah itu dikira gagal bila tidak tahu cara untuk mengatur masa dengan baik. Untuk berjaya pastikan ada jadual harian yang anda tetapkan mengikut keselesaan anda dan dalam jadual harian itu perlu spesifik apa yang anda perlu buat pada hari tersebut. Contohnya, hari isnin anda perlu lakukan cold call sebanyak 100 orang. Selain itu, hadiri latihan agensi atau cari listing di mana mana laman sesawang.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )