KELEBIHAN MENJADI EJEN HARTANAH

 

KOMISEN TINGGI

Komisyen tinggi bermaksud kebarangkalian pendapatan pun adalah lumayan. Ramai yang nak jadi ejen hartanah sebab komisyen yang tinggi. Kalau dapat jual satu rumah pun dalam sebulan pun dah boleh dapat lebih RM 4k. Mindset tidak mudah putus asa dan usaha yang berterusan sangat penting untuk menentukan kejayaan hidup anda. Selain itu, perlulaj rajin, work smart dan jujur dalam melakukan urusan jual beli.

WAKTU KERJA YANG FLEXIBLE

Masa akan lebih fleksibel, di mana anda sendiri yang menentukan jadual kerja anda. Anda perlu bijak menguruskan masa sendiri. Ibaratnya, anda adalah bos. Anda juga adalah pekerja. Tiada siapa akan mengarahkan anda untuk buat kerja dan yang paling penting perlu tentukan target. Pengurusan masa terletak pada REN itu sendiri.

BIDANG YANG CERAH

Kalau anda perhatikan ada sesetengah bisnes, sesuai pada waktu itu sahaja. Tidak berpanjangan tetapi untuk bidang ini, bagi saya selagi ada manusia. Selagi itulah ada permintaan untuk rumah. Sebab rumah adalah keperluan. Walaupun mahal mesti nak beli sekurangnya satu.Jika ada masalah ekonomi atau COVID sekalipun, permintaan jual dan beli rumah masih berterusan.

NETWORKING

Ada sesetengah REN harini sudah menjadi jutawan disebabkan pekerjaan ini memberikan mereka peluang untuk bernetworking dengan pelabur pelabur yang bernialai beratus juta ringgit.

BELAJAR MENGENAI PELABURAN HARTANAH

Sebagai REN, anda berpeluang untuk berjumpa dengan macam-macam kategori pelabur dan juga pakar pakar hartanah. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai info tentang beberapa kadar sewaan unit tersebut, apa masalah yang dialami dan juga halangan dalam urusan jual beli dikawasan tersebut dan banyak lagi perkara lain berkaitan tentang ilmu hartanah.

KLIK UNTUK JADI EJEN HARTANAH

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )