7 Kos Hartanah Yang Perlu Diambil Kira Oleh Penjual

7 Kos Hartanah Yang Perlu Diambil Kira Oleh Penjual

Sekiranya anda berhasrat untuk menjual rumah, ini adalah antara kos kos yang anda perlu pertimbangkan dan ambil tahu.  Ini juga adalah untuk mengelakkan kerugian dan juga untuk membantu sedikit sebanyak dalam proses jual beli.

1. Cukai Keuntungan Hartanah (CKHT)

Kini di Malaysia industri hartanah menjadi tempat carian untung untuk pelabur. Sehingga Malaysia di tahap harga rumah meningkat dan menyebabkan ramai orang tidak mampu membeli rumah. Jadi inisiatif yang kerajaan lakukan adalah dengan memperkenalkan cukai baru yang dikenali sebagai cukai keuntungan harta tanah. Fungsi cukai ini bertindak mengurangkan pertukaran hak milik hartanah terlalu kerap sehingga harganya meningkat terlalu cepat.

 

Keuntungan bersih = Harga jualan rumah – Harga beli rumah

CKHT = Kadar CKHT x Keuntungan bersih

Kadar CKHT dikenakan berbeza menurut tempoh rumah dijual. Untuk rumah yang dijual dalam tempoh 5 tahun pembelian, akan dikenakan CKHT sekiranya mempunyai keuntungan.  Cukai ini juga dikenakan bagi rumah yang telah dimiliki melebihi tempoh pada kadar 5% tetapi terdapat 3 keadaan yang boleh mengecualikan kita dari CKHT iaitu

  • Jual beli hartanah di antara ahli keluarga terdekat, contoh di antara ibubapa dan anak.
  • Pengecualian 1 kali seumur hidup untuk hartanah yang dijual.
  • Nilai keuntungan bersih RM10,000 atau lebih rendah.

2. Komisyen Ejen Hartanah

Kos ini hanya dikeluarkan sekiranya anda menggunakan perkhidmatan ejen hartanah. Kadar yang dikenakan selalunya 3% harga jualan rumah dan kadar ini ditetapkan oleh garispanduan daripada Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah. Antara sebab utama penjual menggunakan servis ejen hartanah kerana tidak mahu menjual rumah dengan cepat tanpa perlu pening kepala.

3. Kos Pelepasan Gadaian

Bagi hartanah yang dijual masih lagi mempunyai hutang di bank / LPPSA yang belum dilangsaikan, terdapat kos yang perlu dikeluarkan oleh penjual kepada pejabat tanah & peguam bagi melepaskan gadaian. Anda boleh bertanya kepada peguam tentang caj yang perlu dibayar untuk proses ini kerana nilainya berubah bagi kawasan berbeza.

4. Kos Peguam

Ini adalah kos wajib dan beli dan jual rumah. Anda mesti melantik peguam untuk memastikan hak setiap pihak terlibat terpelihara dari segi undang undang. Maklumah, beli rumah bukan murah. Kedua dua pembeli & penjual perlu melantik peguam untuk mewakili mereka semasa urusan ini dan akan menasihati anda tentang proses & undang undang yang terlibat.

5. Tunggakan Bil Dan Cukai

Pihak penjual mestilah melangsaikan segala cukai dan bil sebelum menjual rumah tersebut. Pastikan tiada bil yang tertunggak untuk memudahkan pengurusan jual beli dan juga pihak pembeli. Contoh bil seperti bil air, bil elektrik, cukai pintu dan cukai tanah.

6. Penalti “Lock-In-Period”

Sekiranya pembiayaan perumahan anda mempunyai tempoh “lock in” yang telah diletakkan oleh pihak bank semasa anda membeli rumah, dan dalam masa 3-5 tahun bermula tarikh belian anda bercadang untuk menjual rumah tersebut. Penalti ini akan dikenakan kepada penjual dan jika anda telah melangsaikan pembiayaan tersebut dalam tempoh “lock in”, anda akan dikenakan penalti pada kadar berbeza menurut bank. Pada kebiasaannya, kadar dikenakan adalah 3% daripada baki pembiayaan.
Adalah lebih baik untuk elakkan menjual rumah dalam tempoh ini untuk mengelakkan didenda oleh bank.

7. Kos Pilihan

Kos ini hanya dikenakan kepada penjual yang ingin menjual rumah sendiri tanpa bantuan ejen hartanah. Ia melibatkan kerja kerja pemasaran fizikal dan dalam talian. Contohnya mengiklankan melalui kain rentang (banner), dan membeli iklan berbayar di laman mudah.my. Selain itu, bagi memastikan rumah kelihatan menarik semasa menerima lawatan bakal pembeli, kita perlu melaburkan sedikit kos memperbaiki kerosakan di rumah. Atau kerja kerja mengecat rumah.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )