Memohon Untuk Pinjaman Rumah Jika Anda Bekerja Sendiri

Untuk mereka yang bekerja sendiri, sama ada sebagai seorang pekerja bebas, seorang perunding ataupun seorang artis sering menghadapi masalah apabila mereka ingin mendapatkan pinjaman rumah disebabkan mereka tidak mempunyai pendapatan yang stabil.

Walaupun anda mungkin tengah merealisasikan impian anda sebagai seorang pekerja bebas, dengan menyerahkan pekerjaan yang membagi anda pendapatan yang stabil akan meletakkan anda di kedudukan yang mencabar apabila anda ingin memohon pinjaman dari bank. Hal ini kerana anda tidak mempunyai sumber pendapatan yang stabil sebagai seorang bekerja sendiri.

Walaupun dengan semua faktor negatif ini, anda masih boleh membuatkan diri anda sebagai calon yang terbaik untuk mendapatkan pinjaman, di sini adalah apa yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan peluang anda:

  • Menyimpan rekod kewangan yang selaras dengan piawaian perakaunan

Mengekalkan buku akaun anda adalah satu amalan yang baik bukan untuk tujuan untuk mendapatkan pinjaman sahaja tetapi untuk keseluruhan pengurusan perniagaan anda juga. Bank-bank akan menghadapi cabaran untuk mentaksir tahap kemampuan anda jika mereka mempunyai kesukaran apabila ingin mengetahui tentang keuntungan dan kerugian perniagaan anda, perbelanjaan dan juga pendapatan

  • Membuat sumbangan kepada KWSP dengan tetap

Anda haruslah membuat bank menghargai konsistensi pendapatan anda dengan membuat sumbangan kepada akaun KWSP anda untuk sekurang-kurangnya dua tahun. Jika boleh, anda juga haruslah deposit setiap bulan untuk menunjukkan bahawa anda mempunyai pendapatan yang kukuh daripada seseorang yang sering berbelanja dengan pendapatannya.

  • Mengisytiharkan cukai pendapatan

Kenyataan cukai pendapatan anda untuk tiga tahun yang lepas merupakan sejenis bantuan yang bernilai untuk meluluskan permohonan anda. Mengapa? Hal ini kerana anda akan membukti bahawa perniagaan anda mempunyai keuntungan

Kemahiran anda sebagai seorang yang bekerja sendiri dan keupayaan anda untuk menguntungkan diri merupakan sebahagian dari kenyataan cukai pendapatan anda (kebanyakkan permohonan pinjaman memerlukannya).

  • Mendapatkan seorang penjamin

Untuk mengurangkan risiko dan liabiliti anda sebagai seorang individu yang bekerja sendiri, anda haruslah mencari seorang penjamin yang boleh dipercayai untuk menyokong pinjaman anda.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )