NAK BELI RUMAH TAPI TAKUT DITIPU? IKUTI 6 TIPS INI

Sekarang ni kita boleh tengok kat mana-mana ada je iklan jual rumah.Syarikat pemaju juga tumbuh macam cendawan, kiri kanan ada apartment,condo. Dapat beli rumah memang seronok.Tapi kena ingat bukan semua pemaju dan ejen hartanah boleh dipercayai, ada juga yang “scammer”. So harini RESCOM TEAM nak kongsi tips nak beli rumah dengan selamat.

1. Kaji Status Pemaju & Ejen Hartanah

• Semua pemaju yang berdaftar mereka mempunyai rekod, anda sendiri kena kaji latar belakang mereka
• Kalau mereka tiada rekod yang buruk, kaji pula projek perumahan mereka yang lepas, tengok sama ada kualiti kerja mereka elok atau tidak
• Elakkan berurusan dengan pemaju yang tidak berdaftar
• Boleh check dekat sini kalau nak tau pemaju tu dah kena “blacklist” ke tak http://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/43
• Untuk ejen hartanah, anda boleh minta kad pendaftaran mereka ataupun boleh semak disini http://search.lppeh.gov.my/

2. Bukti Pembayaran

• Masalah ini kekadang berlaku, kebanyakan orang kita selalunya buat pembayaran deposit secara cash
• Ingat, segala pembayaran yang korang buat kena ada bukti
• Buat pembayaran secara transfer ataupun cheque, bukti transaksi takkan hilang

3. Bayaran Atas Nama Siapa?

• Selalunya apabila anda membeli rumah subsale(secondhand), anda akan diminta untuk membayar booking fee sebanyak 3% daripada harga rumah
• Ada kes dimana owner nak bayaran tersebut terus direct ke akaun bank dia, ini antara kes yang jarang berlaku
• Ianya kurang selamat sekiranya owner tersebut telah menggunakan wang tersebut tetapi rumah masih tidak dapat dijual kerana isu-isu tertentu
• So, untuk lebih selamat anda perlu bank in duit tersebut kepada lawyer atau ejensi hartanah berdaftar sahaja
• Lagipun, ianya memang mengikut undang-undang kerana lawyer atau ejensi hartanah berdaftar bertindak sebagai pemegang amanah sementara (stakeholder)

4. Kaji Hartanah Tersebut

• Sekiranya anda membeli rumah dari pemaju, kaji dulu projek yang di-mention
• Search je kat google tengok kot kot hasil carian asyik keluar macam scam je
• Tengok juga review projek kat website website forum

5. Inspection/Viewing

• Kita semua sibuk dengan kerja masing-masing, tapi elok lah luang sedikit masa untuk tengok hartanah yang korang nak beli tu
• Kebiasaannya orang kita bila nak membeli rumah dengan pemaju tengok model projek cantik lepas tu terus deposit, bahaya tu
• Tambah pulak dengan pakej-pakej yang ditawar dan ayat-ayat manis ejen/pemaju
• Seeloknya follow-up projek tu tengok setakat mana dah progress

6. Hitam Putih

• Ingat, segala benda perlukan hitam putih, ini merupakan antara bukti paling kuat sekiranya terjadi
• Kalau takde hitam putih, jangan buat sebarang pembayaran/perjanjian
• Baca dulu sebelum sign surat tersebut, syarat-syarat, nama pembeli, penjual, bayaran kepada siapa
• Make sure korang ada salinan hitam putih tersebut sebagai simpanan

Setakat ini sahaja perkongsian tips daripada TEAM RESCOM

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )