Kelebihan Menjadi Ejen Hartanah

Kelebihan Menjadi Ejen Hartanah

1. Waktu kerja fleksibel

Kerjaya ejen hartanah ini masa kita akan lebih fleksibel, tidak terikat dengan waktu bekerja. Jadi sebagai REN mereka boleh tentukan waktu bekerja mereka sendiri, untuk viewing rumah REN sentiasa ada pilihan untuk set appointment waktu hujung minggu. Kumpulkan semua appointment dan viewing sekali harung.

2. Masa depan cerah

Berdasarkan kajian, bidang hartanah akan sentiasa ada permintaan. Di Malaysia Kawasan yang selalu menjadi tumpuan ialah di Klang Valley. Bila permintaan makin tinggi, kerjaya ejen hartanah secara langsung akan berkembang.

3. Pendapatan lumayan

“The sky is the limit” dengan mindset tidak putus asa dan rajin. Kalau focus betul betul atau set goals setiap bulan nak close sale berapa rumah. Contohnya dalam sebulan perlu jual 5 hingga 6 biji rumah, pendapatan sebulan akan lebih RM5K.

4. Boleh belajar mengenai pelaburan hartanah

Sebagai REN anda berpeluang untuk berjumpa dengan pelbagai kategori pelabur dan pastikan anda mengambil peluang untuk belajar dengan mereka. Apabila REN dah biasa dengan harga jualan hartanah di Kawasan jajahan mereka, mereka juga dapat belajar. Sebagai contoh dapat tahu hartanah mana yang boleh dijadikan pelaburan dan hartanah mana yang perlu dielakkan.

5. Networking

Pekerjaan ini memberi peluang untuk networking dengan pelabur yang bernilai beratus juta ringgit dan ramai REN yang makin rajin upgrade ilmu hartanah dengan menyertai seminar seminar hartanah dan seminar seminar marketing. Lagi banyak ilmu yang anda terima, lebih senang untuk anda melakukan pekerjaan anda sebagai contoh senang untuk jelaskan kepada prospek berkaitan hartanah. Dalam masa yang sama di dalam seminar itu kebanyakannya orang yang nak beli rumah dan juga owner owner bisnes jadi ambil peluang untuk ber-networking dengan beratus orang sekaligus. Ilmu dapat, sales dapat, networking pun dapat.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )