Pembeli Patut Tahu Tentang Belanjawan 2021

Ketika negara kita mengalami krisis covid-19, ramai yang terkesan dengan krisis ekonomi seperti dibuang kerja atau gaji dikurangkan. Jadi, untuk belanjawan 2021 ada berita baik kepada para pembeli hartanah.

1. Duti setem dikecualikan kepada pembeli rumah pertama. Jadi pembeli ini akan dapat pengecualian duti setem sepenuhnya bagi rumah pertama dan harga hartanah tidak melebih RM500,000.

2.Pengecualian duti setem untuk rumah terbengkalai. Pengecualian ini ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik. Ia diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai selama tempoh 5 tahun.

3.Inisiatif untuk golongan berpendapatan rendah. Kerjaaan menyediakan perumahan yang selesa dan berkualiti untuk mereka sebanyak RM1.2 bilion ringgit.

  • RM500 juta ringgit untuk membina 14 ribu unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat.
  • Pembinaan Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB sebanyak 3,000-unit berjumlah RM315 juta.
  • Penyelenggaraan perumahan berstrata kos sederhana dan rendah. Selain itu, bantuan membaik pulih rumah usang dan rumah yang mengalami kerosakan akibat bencana berjumlah RM125 Juta.

4. Skim Rent-to-Own. Ini adalah untuk pembeli rumah pertama, dimana kerajaan bekerjasam dengan institusi kewangan terpilih untuk menyediakan skim Rent-to-Own. Ia melibatkan 5,000 buah rumah PR1MA dengan nilai keseluruhan lebih RM1 billion dan dikhaskan hanya untuk pembeli rumah pertama.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )