6 TIPS KHAS UNTUK “FIRST-TIME HOME SELLER” YANG NAK JUAL RUMAH CEPAT

Menjual rumah lebih susah daripada membeli lebih-lebih lagi pada yang tak pernah jual rumah sebelum ni.Bagi yang pertama kali ni, dorang taktahu cara yang terbaik untuk promote rumah dorang. Hasilnya, rumah mungkin terjual tetapi lambat takpun tak terjual langsung. Ikut 6 tips yang akan dikongsikan RESCOM TEAM ini

Mindset

Tujuan kita jual rumah semestinya untuk mendapatkan keuntungan. Tapi kena ingat bila kita nak jual rumah, kita tidak boleh hanya berfikir untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Fikir juga adakah bakal pembeli akan rasa berpuas hati sekiranya mereka membeli rumah kita. Cuba letakkan diri kita sebagai bakal pembeli, agak-agak anda akan beli tak rumah ni. Penjual sekarang kebanyakannya nak jual cepat, bawa ramai potential buyer tapi sorang pun tak kena sebab keadaan rumah yang kurang menyenangkan

Harga yang REALISTIK

Seperti yang disebut sebelum ini, jangan hanya mengejar keuntungan. Selalunya penjual yang hanya fikirkan keuntungan akan meletakkan harga yang jauh dari market value. Hasilnya, tak terjual langsung. Letak harga yang sesuai untuk rumah anda

Bersedia untuk keluarkan sedikit wang

Penjual kena bersedia untuk keluarkan sedikit wang untuk marketing kan rumah. Iklankan rumah di fbads, mudah, dan website-website yang lain. Boleh iklan secara free, tetapi sekejap je iklan akan tenggelam. Kalau iklan berbayar ni iklan kita sentiasa dalam “top list”

Beri “Extras”

Ada tak dekat rumah yang anda nak jual tu barang-barang yang macam taknak guna dah tapi masih elok dipakai. Kalau ada, letakkan list barang tersebut dalam details iklan rumah. Contoh macam cabinet, dapur, katil, mesin basuh, dan sebagainya. Mungkin boleh buat rumah anda ni macam “worth to buy”. Anda juga boleh up-kan sikit harga rumah

Kebersihan & Kekemasan

Sentiasa jaga kebersihan &kekemasan rumah anda, takut-takut bakal pembeli datang secara tiba-tiba nak “view” rumah. Buatkan mereka rasa selesa macam rumah sendiri ketika “view” rumah anda. Sekiranya rumah anda bersepah dan kotor, ianya membuatkan bakal pembeli berfikir yang rumah anda ini jarang atau tak dijaga. Pembeli juga akan berfikir mungkin terdapat banyak lagi kemudahan di rumah anda yang rosak

Upgrade (Interior & Exterior)

Anda juga boleh upgrade rumah anda luar dan dalam. Yang ni boleh attract lebih ramai bakal pembeli untuk view rumah anda. Apa yang anda boleh lakukan ialah, cat rumah, tukar pintu, baiki atau tukar alatan bilik air, dan lain lain. Lebih ramai “view”, lebih tinggi “possibility” yang akan berminat dengan rumah anda


Kalau anda rasa susah atau tiada masa untuk buat kesemua tips diatas, anda boleh minta nasihat ejen hartanah berdekatan untuk uruskan penjualan rumah anda. Mereka akan uruskan dari segi harga, pengiklanan dan sebagainya sehingga Sale&Purchase Agreement ditandatangani.

Sekian saja dari perkongsian dari RESCOM TEAM
Klik untuk Jual Hartanah Anda

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )