Antara Keperluan Dan Kemahuan , 3 Cara Mudah Merangka bajet Yang Berkesan
Kita mesti selalu jalan jalan dalam pusat beli belah kemudian ternampak baju atau seluar yang kita nak sangat pakai kan ?
Sebab korang rase korang ni suka ke sana ke sini bersama baju dan seluar yang mahal dan cantik di pandangan orang lain
tapi kenapa korang nak beli sangat pakaian yang mahal tu ?
Dalam hal ini, ada barang yang korang boleh beli TAPI ada barang yang korang tak perlu pon beli sebenarnya
tapi tak bermaksud korang tak boleh beli langsung barangan tu cuma korang kene ikut 3 langkah ni sahaja
Apa beza 2 perkara ini untuk kita ?
Keperluan ialah perkara yang kita wajib belanja untuk memastikan kita dapat menjalani kehidupan seharian kita bekerja
dengan kata lain , ia menjadi satu rutin kita membelanjakan wang kita namun tidak berbelanja dengan jumlah gaji bulanan kita untuk bayar ansuran rumah , sewa , atau kereta
senarai di bawah merupakan beberapa perbelanjaan dalam kategori keperluan :
- Rumah
- Kenderaan
- Insurans
- Minyak dan eletrik
- Makanan
Untuk kemahuan , adalah perbelanjaan yang akan membuatkan anda suka untuk membeli barang kegemaran, dengan kata lain korang selesa membeli barangan tersebut.
kita boleh hidup macam biasa tanpa perlu membeli barangan kemahuan kita dan boleh hidup dengan cara sederhana yang korang ada
contohnya beras merupakan makanan keperluan seharian kita namun kita lebih ingin makan chicken chop sebagai makanan kemahuan kita
Perbuatan apa yang dipanggil ‘kemahuan’ ?
ia termasuk juga dengan
- Melancong
- Hiburan ]
- Baju berjenama, designer
- keahlian gym
- Minum kopi Mahal
2 kategori ini adalah biasa cuma keperluan dan kemahuan TAPI tidak sama kepada setiap orang
Hal ini diberitahu oleh Leslie H. Tayne, pengasas Tanyne Law Group, sebuah firma guaman menguruskan hutang di bandar New York.
Beliau berikan kaunseling kepada klien berkaitan hal pengurusan kewangan peribadi. Dan daripada kajian beliau, beliau mendapati bahawa konsep antara keperluan dan kemahuan, ada kaitan dengan faktor psikologi manusia.
contohnya , korang perlukan kereta untuk bekerja setiap hari. Tapi kereta dengan ansuran bulanan RM3,000 sebulan, mungkin tak logik dengan bajet korang.
Nak Bergaya itu boleh namun harus ikut kepada keadaan kewangan kita
kerana ade beberapa orang yang menganggap perkara di atas adalah satu kewajipan untuk mempunyai kemewahan yang mereka perlukan dan menyebabkan kita akan keliru sama ada cara kita membeli itu adakah ia KEMAHUAN atau KEPERLUAN
tayne juga memberitahu bahawa beliau telah melihat perkara ini dari sudut perniagaan dan anggap ia sebagai masalah kewangan dan memberikan soalan ” adakah mereka itu boleh hidup tanpa barang itu ?”
sekiranya perkara itu tidak diperlukan atau tidak penting kepada anda ia boleh dikategorikan sebagai KEMAHUAN anda sahaja
3 Rahsia Cara untuk kita menyusun ‘kemahuan dan keperluan’
senaraikan barang yang korang ingin beli dan bayar setiap. Ini termasuk tisu, barang mandian, hingga ke insuran nyawa.
Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu ‘keperluan,’ dan satu lagi ‘kemahuan.’
kebanyakan orang akan letakan pelan telefon mereka dan insurans lain ke dalam kategori ‘ keperluan ‘ namun langganan untuk TV seperti ASTRO diletakan di ‘ Kemahuan’
jumlahkan semua yang korang ingin beli dan susun mengikut perkara yan paling utama
sekiranya kita mengikut cara NerdWallet ini, mereka menyarankan mengunakan bajet 50/30/20 , yang bermaksud
- 50% untuk perbelanjaan ‘keperluan ‘
- 30% untuk perbelanjaan ‘ Kemahuan ‘
- 20% pula untuk perbelanjaa ‘Simpanan ‘ dan ‘ Bayar Hutang ‘
Sekiranya anda dapati perbelanjaan semasa korang tidak sama dengan perancangan kewangan yang korang telah buat , jadi apa yang korang perlu buat ?
korang boleh cuba ubah dengan 3 cara ini :
1. Tengok balik senarai yang anda telah lakukan
buat ‘Double check’ terhadap senarai yang korang telah buat , takut ade perkara yang tersilap masuk kategori , contohnya seperti perkara keperluan patut di dalam keperluan tapi korang terletak di kategori kemahuan.
2. Merangka balik belanja untuk keperluan
sekiranya anda harus bayar sesuatu perkara contohnya insuran , tidak bermaksud korang perlu bayar lebih daripada yang telah ditetapkan , mungkin korang boleh rajin kepada pihak insuran sekiranya ada mereka menyediakan plan yang sesuai untuk kewangan anda .
3. Kurangkan berbelanja untuk ‘ kemahuan ‘
mungkin kita cakap sahaja senang namun nak buat itu amat lah susah
bukannya tak boleh belanja langsung TAPI kene kurangkan, jika nak beli sesuatu barang yang mahal dan cantik kumpul duit
contohnya membeli kereta dengan harga murah dan boleh digunakan dengan baik atau beli kasut yang tidak mahal sangat tapi berguna untuk korang
jadi sekarang korang dah tau nk buat apa bukan? , berbelanja dengan baik dan telus agar bajet tidak lari dari perancangan anda
yang paling wajib letakkan keperluan sebagai keutamaan korang.
untuk maklumat lanjut boleh melayari https://www.rescom.my/newren