Langkah untuk Menjadi Ejen Hartanah (REA)

Disini terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk menjadi Ejen Hartanah yang berdaftar dan langkah ini berbeza dengan cara untuk menjadi Perunding Hartanah.

  1. Langkah 1: Di bahagian 1 ini anda perlu menduduki 6 peperiksaan dan setiap subjek akan dicaj. Untuk individu lepasan university yang mengambil jurusan yang telah di tetapkan oleh LPPEH sahaja dikecualikan untuk mengambil peperiksaan ejen hartanah ini.
  2. Langkah 2: Sebaik sahaja lulus semua peperiksaan di bahagian 1. Bahagian kedua, anda perlu menjalani 6 kursus dan tempoh untuk kedua dua bahagian ini mengambil masa dalam 2 tahun.
  3. Langkah 3: Ini adalah bahagian dimana anda akan mendapatkan lesen hartanah dengan mendaftar sebagai ejen hartanah percubaan. Anda perlu mencari pengalaman bekerja di bawah mana-mana agensi hartanah berdaftar dan perlu merekod aktiviti anda. Tempoh yang diberi untuk menerokai bidang ini dalam masa 2 tahun.
  4. Langkah 4: Berdasarkan pengalaman pengajian dan praktikal, anda akan menduduki ujian yang terkahir iaitu ujian Kecekapan Profesional atau Test of Professional Competence (TPC). Untuk ujian kecekapan ini anda harus membeli Salinan Peraturan & Garis Panduan untuk praktis agensi hartanah di LPPEH sebelum peperiksaan ini. Ujian lisan ini bertujuan untuk memberi anda peluang untuk menunjukkan apa yang anda sudah pelajari sepanjang tahun tahun sebelumnya.
CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )