4 Perkara Penting Perlu Difahami Sebelum Anda Menjual Hartanah
4 Perkara tersebut menjadi faktor utama samada hartanah itu boleh diproses penjualannya ataupun tidak. 4 Perkara Tersebut adalah :
Harga Cadangan.
Harga cadangan sangat penting dan perlu berdasarkan Harga Pasaran Semasa. Jika ia terlampau tinggi memang mustahil untuk dijual kerana Ejen hartanah professional bukan memasar dan menjual dengan memanipulasi atau menceritakan maklumat yang tidak betul untuk mempengaruhi keputusan prospeknya membuat keputusan membeli. Jika Harga Cadangan yang sesuai gagal dipersetujui maka proses perlantikan boleh terhenti atau diteruskan dengan percubaan.
Baki hutang semasa
Bakal penjual mesti menyemak terlebih dahulu baki semasa hutangnya sebelum membuat keputusan menjual. Dalam bahagian baki hutang ini termasuk juga apa2 penalti yang bakal ditanggung oleh penjual yang menentukan hartanah yang bakal dijualnya akan memberinya keuntungan atau kerugian.
Jika baki hutang yang tinggi berbanding Harga Cadangan bakal menyebabkan cadangan penjualan tidak dapat diteruskan kerana prospek penjual akan mengalami kerugian. Lazimnya selepas 2-3 tahun hartanah dibeli pasti akan ada keuntungan atau peningkatan harga.
CKHT
Apa itu CKHT? Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, CKHT ini adalah Cukai Keuntungan Modal yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk setiap keuntungan yang diperoleh daripada pelupusan hartanah. Antaranya menerusi jualan tanah atau hartanah yang harga jual semula adalah lebih tinggi dari harga belian. CKHT tidak akan dikenakan sekiranya harga jualan adalah sama atau lebih rendah daripada harga asal. Untuk tahu lebih lanjut boleh tengok disini tentang CKHT Tentang CKHT